HOLA!
krik krik girl. testing2
ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

19/9/18
To the person we miss the most today :')

I don't know how to start and where to start. But this is just a little thing of everything. Because writing is my best way to express what I'm feel. I miss you dad. We miss you. Really miss you. 

Today, I'm not even know that I have come to this day. One year passed, means that one year we have not see you in person. One year we do not sleep at our own house. People do not know what we have been going through. People only see what I choose to show. Some people asked " hurin tak sedih dh ke?" Wait what? What kind of question? Do I need to always show my sadness in front of people? Let me tell you, my sadness will never get rid until forever but I just can control it. I can't just be sad all the time and doing nothing. There is no day in everyday that I don't remember my father. There is no day in this one year that I don't miss my father. It just me myself that know it.

I still remember and can feel it how was the night I received the news. I remember each one person who gave me a hug, who calms me, who wipes my tears, siapa yang ada pada malam tu. Each one of you guys. I'm not able to thanks everyone but this is my thanks to all of you. Please know that I'm really appreciate it and I don't know how to repay it. 

But, with this loss too had taught me many things. I mean so many things. Bukan semua orang akan ada dengan kita bila kita susah. Kalau kita ada seramai mana pun kawan, yang tinggal masa susah hanyalah dua tiga orang tu je. That has taught me a lot to be the new me now. Now, I do not mind or in a rude word, I do not care about losing friends anymore because I know there is nothing more important than family. My family is now my priority. So if you guys do not want to be in my life anymore so just get out okay. I also do not need that kind of people :) 

To tell about how I'm being an independent without a father is too hard. There are some days that I can accept the reality but there are also some days that YaAllah why is this so hard for me? Even seeing people with their family would break my heart and rasa nk nangis on the spot. I know that ujian itu hadiah dari Allah. I know that not only me in this world is losing someone. I also know that there are so many people out there yang lagi susah. I know. But what I do not know is how to continue living. If only Allah ask me what do you want? I would ask for please send back my father so that I can kiss his hand for the last time, so that I can ask for forgiveness, so that I can hear his voice again, see his smile and see him in person :)

Writing this without even crying is totally not me. It's not easy to write this but I need to write as this is one of the ways to heal. For my friends that have left me, I just want to say; If one day you are facing the same situation as me, I just want you to be strong because maybe at that time I will not be with you too. As the saying goes, what you give you get back :) Not to be rude but I know this is kind of  'kasar' but hati dah tawar. Nothing can do. I'm sorry. I know that there are some of you yang doa dari jauh untuk aku. I appreciate that thank you. My target is now just for my family. To tell every single thought here is impossible. Because there will be not enough space to write all of it. Let make the rest just be between me and Allah.  

I'm writing this not because I'm seeking for anyone's sympathy. But I'm writing this for my own self so that one day, if I'm facing a difficult day for at least I know I have gone through my most hard day when I lost my dearest person. For at least I know that I can handle the situation and I'm strong :') so that I can face many more hard days with calmness. I hope so. I know one day that I will feel the happiness and hikmah dari Allah atas apa yang berlaku. I just need to have faith and never give up.

I just want to see you again...


2 comment[s]

First March
Hye Assalamualaikum 😄


Bismillah. Rasa lamaaaaa sangat tak buka blog ni 😭 rinduuu sangat tapi selalu je takde masa. Kalau ada masa pun tak terbuka jugak sebab kadang-kadang wifi okay kadang-kadang tak. Lagipun yela kan student life busy la. Setiap minggu ada test, quiz bagai kan. Sekarang dah bulan 3 wehh. Tapi ni baru first entry untuk tahun ni sedihnyaaaa  😭 Jeles tengok blog-blog orang lain semua lawaa pastu banyak entry pastu macam tak krik blog aku krik gila huhu sobs siapa je nak singgah blog aku kan huuu 😣 bila la boleh jadi macam irine nadia haih sampai sekarang aku adore dia dahla comel pastu berjaya dah kahwin pulak tu anak dah 3 weh huuuu aku mampu berhuhu je sedih kan hm


Sebenarnya kan tak rancang pun nak update blog malamni sebab nya lusa ada test physics dengan quiz calculus so i should be at my study table! hahaha tapi kan hm entahla hehe aura bulan 3 ni lain macam sikit em. Lagi 2 hari genap setahun dah hm. Apa yang genap setahunnya ? Haaa nanti kalau aku ada masa aku update lagi hahaha sebab... ermm sebab nak pergi sambung study dhni tapi yang pasti aku tak percaya dah setahun berlalu. Rasa macam baru semalam eceyy. Aku pun taktau macam mana aku boleh jadi kuat macam ni. Yang pasti semua berlaku dengan kuasa Allah dan bantuan Allah. Aku hanya mampu merancang dan sesungguhnya susunan Allah itu paling tepat. Semoga yang baik-baik terus hadir dalam hidup aku. Semoga...pengakhirannya adalah bahagia. Semoga!💕


Selamat Malam warga blog! 💤 

1 comment[s]

Survive
Assalamualaikum Hye :`)

Malamni nak cerita pasal pahit manis first sem kat UiTM hehe. UiTM mana? UiTM Jengkaaa. Jengka? ada dengar citer apa-apa ke. haha kalau ada dengar tu mesti pasal penunggu tu :P tapi aku tak kesah sangat pasal benda-benda macamtu sebab dah biasa. Time duduk asrama dulu pun macamtu biasala bukan kita je hidup kat dunia ni asalkan kita tak buat hal, dekat dengan Allah hehe ;`)

First sekali mula-mula masa dapat tahu UPU dan dapat dekat Jengka ni tak tahu perasaan macam mana. macam ntahla macam takde perasaan pun ada. Sebab sebenarnya tak expect pun dapat mana-mana U . Aku dah set dalam otak macamtu dan destinasi aku lepas spm ingat nak sambung matrik je. So aku tak nervous langsung masa result UPU tu keluar huhu. tup-tup dapat weh macam pelik je ada masalah teknikal ke haha sebab result aku takla tinggi pun cukup-cukup makan je. yang aku geram B+ banyak pulakkk aduhh. Hm takpela dah lepas. 

So memang dalam dilema la nak pergi mana. Oh ya kos yang aku dapat tu diploma. 3 tahun. Nak banding dengan matrik memang singkat matrik tapi cara beajar diorang teruk, penat. Aku tak kesah pun pergi mana-mana sebab ntahla memang jenis macamni -.- jenis pelik. Pastu ayah aku suruh aku ambik yang diploma tu so aku ikut jela walaupun tak ada kawan!!! 

Serious talk weh aku memang takleh kalau takde kawan lebih-lebih lagi kawan SMAASZA aku. Yela dah 5 tahun bersama satu asrama satu katil satu bantal memang kamcing. Bangun-bangun je mesti hadap muka-muka tu, dalam kelas kena denda masa Addmath ke semua muka tu. Tapi kali ni bangun-bangun tengok muka orang lain dah takde muka sama sedih :`(( Aku pelik gila kenapa aku sorang jeee sesat kat Jengka ni. Dalam ramai-ramai batch aku kenapa takde yang apply kos macam aku tak guna betul! Ada la 2 orang budak laki yang dapat kat aku tu. Sorang dapat kos sains, sorang lagi kos sama dengan aku tapi dua-dua taknak pergi situ haihh sakit hati betul haha. 

Ok pendekkan cerita, hari first daftar ye hehe
Dengan berbekalkan semangat dan sedikit ketabahan dalam hati pergi daftar check in bilik wadduh check in ^^' macam hotel je kuakuakua. First jejakkan kaki hm rindu pulak suasana tu budak freshie la kan. Dengan tak kenal sape-sape pun aku kuatkan juga langkah eksaited jugak sikit dah masuk universiti macam tak caye je aku dah besarrr hahaha. *tapi perangai still macam budak tolong ubah ye cuyin* 

Pastu MDS macam biasala penat sangat malas nak citer pasal tu hehe. Pastu dah start kelas, kami dah ditetapkan kelas masing-masing so aku dapat kelas Q! Minggu pertama dengan kedua memang lecturer tak masuk langsung. kerja aku memang tidur je sepanjang kelas sampai naik muak. Puas tidur. Kadang aku layan perasaan tulis ayat-ayat sedih aku dalam buku hahaha. Kelas pun senyap je memang bosan gila! sampai satu saat tu airmata aku ni mengalir sendiri je wey dalam kelas tu hahha sedih sangat ;'( sebab aku teringat dekat kawan-kawan aku masa tu. Awal-awal tu tak rapat pun dengan classmate semua diam aku mana boleh diam!! aku akan rasa lonely pastu mula la nangis haihh. masa tu la aku pergi dewan makan sorang-sorang. Beli makanan sorang. Semua sorang. Memang tu bukan aku la. Tapi tak semua la ada je berteman hehe.

Start dari tu la aku rasa tak best duduk sini, tak best sangat ;(( Apa aku buat? membebel dekat kawan lama aku. mereka la yang kuatkan semangat aku balik bagi positive thoughts walaupun masa tu aku memang tak kuat gila. Sampai rasa macam bagaimana aku nak hadap semua ni 3 tahun. Aku doa banyak-banyak. doa. doa. doa. Tu je aku mampu masa tu. Sebab aku tahu semua yang Allah tetapkan ni mestiiii ada sebab dia so i pray so that He gives me the way to find the light step by step.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. ALHAMDULILLAH YA ALLAH aku dah start bahagia :') kenapa? Walaupun tak dapat ramai sangat kawan tapi most of them are friendly. baik sangat! Aku dah start rapat dengan classmate aku. Boleh kata macam dah lama kenal huhu. Dan aku dah start suka duduk sana walau tak banyak hiburan kat sana :D . Masa mula-mula tu aku biasa makan nasi sorang-sorang dalam bilik kalau roommate tak balik lagi. Aku memang benci makan sorang-sorang. dekat asrama mana ada makan sorang. Makan berjemaah wey. Ramai-ramai memang syokk. Tapi bila aku rapat dengan classmate aku turun makan bilik diorang, lepak ramai-ramai, malam-malam tengok movie. Aku suka XD Baru la nampak macam ada life sikit, ada kawan, tak lonely uhuhu.

Masa terus berlalu. anddd pejam celik pejam celik dah final! Alhamdulillah dah habis final tengah tunggu result lagi seminggu tolong doakan ye hehe ;) Kalau nak cerita setiap benda yang aku lalui memang tak habis malamni lagipun ni aku rasa dah panjang korang sanggup ke baca haha. eh ada orang baca ke hahaah takpe aku tak kesah sangat sebab memang jenis aku macamni. Suka tulis apa yang aku rasa sebab dengan cara ni aku rasa semua yang aku pendam, semua dikeluarkan dengan bait kata. 

Apa yang aku boleh konklusikan.......
Musim berubah, sedangkan waktu pun sentiasa berputar kenapa kita masih nak tertinggal di belakang sedangan kejayaan melambai-lambai di hadapan? Cuba la mulakan hidup baru bukak buku baru dekat tempat baru. Cuba hidup tanpa orang yang tersayang. Survive! Tapi, tapi, tapi jangan pernah lupa insan yang pernah hadir dalam kehidupan yang telah banyak mewarnai hidup kita selama ni walaupun coraknya tak selalu bahagia tapi tetap mengajar kita. kan? hehe 

Oh ya lagi sebulan aku dah nak masuk sem 2 kejap je kan? aku eksaited ni tak sabar nak belajar lagi and makes more friends! hihi. Next entry kalau aku rajin aku citer pasal kesatria yang menyeksakan tapi manis di hujungnya auch! XD

Assalamualaikum bye genite ^^


1 comment[s]

Kehidupan
Hati semakin merindu,
Saat jasad tak lagi bersatu,
Namun satu yang aku perlu,
Moga kau memeliharaku,
Dalam setiap doamu.


Kini aku peroleh kekuatan,
Dari setiap saat luka dalam kehidupan,
Yang terlalu banyak mengajar aku,
Untuk terus melangkah ke hadapan.

Walau kaki ini sering saja goyang,
Walau langkah ini selalu saja terhuyung hayang,
Tapi Tuhan bilang,
Harapan itu akan sentiasa menyinar terang,
Asalkan semangatmu tak pernah padam.

2 comment[s]

Amore
Bintang bergemerlapan,
Bagaikan mengerti diri ini kesunyian,
Tak pernah jemu memberi sinar terang,
Dari kejauhan,
Aku mampu melihat bintang,
Awak bagaimana si kumbang?


Jauhnya kita,
Dipisahkan benua,
Apa khabar kamu disana?
Ya aku hanya mampu menulis di kertas kosong saja,
Tapi tidak bertanya di alam nyata.


Tapi tak mengapa,
Aku sudah biasa,
Tuhan kan ada :`)

0 comment[s]

RINDUNYA BLOG SENDIRI !
Hye Assalamualaikum semuaaaaa ^^ lamanyaaa yaAllah tak buka tak update blog ni,, rindu tuuu Tuhan je tahu. lagipun memang sekarang sangat lack of time! takde masa weh nak bukak busy je memanjang. faktor umur mungkin. kan best kalau boleh balik ke masa lalu saat masih ada masa untuk menulis, meluahkan isi hati hmm. ni pun bukak sebab hari jumaat so kelas sampai tengah hari je pastu pergi library jap so boleh la nak buka. too much things that I want to say TT but I don't have time huaaaa. balik raya haji ni nak tulis puasss puas. buku hitam yang selama ni memang jadi diari dan tempat tulis kata kata pun dah lama tak bukak TT alaaa sedihnyaaa. dah berhabuk atas meja study. busy sangat ke ni cuyin? tapi srsly memang busy kerja tak pernah berhenti, habis satu dating satu haa macam tulah. hidup diploma ni tak serilek yang anda semua bayangkan so jangan assume that budak diploma rileks okeyyy hehe.

hmm rasanya mencurah curah idea nak tulis apa dan cerita pasal apa ni tapi masa! I don't have enough time ni pun curi curi masa je japgi ada perjumpaan PA pulak. wow PA? cuyin dah ada PA? hahaha PA ni penolong Akademik laa setiap mahasiswa akan ada PA sendiri so kalau ada masalah ke apa ke boleh la Tanya PA mintak pendapat dia haaa centuuu ^^ . btw sorry la ye kalau ada mana mana pihak yang 'luga' dengan post kali ni sebab mostly macam cakap luar sikit kan well dah bermastautin kat negeri orang^^ kena la cakap negeri orang tapi kadang kadang keluar je Bahasa penyu tu HAHAHA. sebenarnya nak buat tutorial fizik ni tapi bila jemari dah start typing boom boom macam dah tak boleh berhenti. k dahlah sian kawan aku buat fizik sorang sorang kahkah so aku akhiri entry kali ni dengan salam rindu untukmu blog ku <3 muah xoxo. jumpa raya haji keyyy ( macam blog ni hidup plak HAHAHA seram )

0 comment[s]

Sampai akhir nanti
Dalam hidup ini ada banyak perkara yang berubah. Sama ada bakal berubah ataupun sudah lama berubah. Yang pasti tetap akan ada yang berubah. Begitu juga dengan hidup saya yang telah banyak berubah selepas kejadian itu. Malah telah meninggalkan luka yang begitu dalam di dataran hati saya. Yang pasti tidak akan pernah ada penawar untuk luka ini kembali sembuh kerana semuanya berlaku kerana perbuatan saya sendiri...

 Pada waktu itu untuk kesekian kalinya airmata perempuan itu gugur lagi kerana seorang lelaki yang bergelar suami. Dia tidak kisah suaminya tidak ingin melayan dia dengan baik kerana dia sudah biasa dilayan sebegitu tapi dia tidak tahan mendengar kata-kata cacian suaminya terhadap arwah ibu bapanya.

 “Abang, saya tak kisah abang selalu marah marah saya, saya reda tapi saya mohon dengan abang jangan caci arwah ibu dengan ayah macam tu. Mereka dah lama meninggal. Saya hanya ada abang je sekarang ni”

 “Kau fikir aku peduli? Berapa kali aku nak cakap dekat kau yang aku tak suka kau panggil aku abang. Tak payah berlakon baik sangat la depan aku. Aku tahu semua ni rancangan kau kan? Tak pasal-pasal aku kena kahwin dengan kau. Aku buat semua ni pun sebab permintaan mama tahu tak. Kalau tak mati hidup semula pun aku tak ingin lah”

 “Abang, Nia tahu Nia tak sempurna. Nia ni budak kampung je, anak yatim yang cuma tumpang kasih sayang mama abang. Tapi Nia cuba untuk jadi isteri yang terbaik untuk abang. Abang tolong la bukakan pintu hati abang walaupun secebis untuk Nia taburkan dengan cinta Nia. Nia ikhlas cintakan abang”

 “Meluat aku dengar kata-kata kau ni” 

Bedebush! Sengaja dia menghempas pintu rumah dengan kuat untuk menyakitkan hati perempuan itu.

                                                                               ***

 “Sakit hati betulla aku dengan perempuan tu. Lama-lama aku boleh jadi sakit jiwa duduk serumah dengan dia.” Bebel Amriz seorang diri

 Knock knock..

 “Siapa pula la pagi-pagi lagi dah ketuk pintu, aku dahla tengah panas. Masuk” 

“Riz aku ada benda nak bincang dengan kau”

 “Haa kau nak apa Fareed? Projek dekat Danga Bay tu dah settle?” 

“Aku bukan nak cakap pasal projek dekat Danga Bay ke apa ke” 

“Habistu pasal apa pula ni”

 “Pasal Nia”

 “Kenapa pula pasal Nia, apa kaitan dengan kau?”

 “Aku pelik dengan kau ni. Nia tu perempuan paling sempurna aku pernah jumpa. Lembut, sopan santun, baik, bertanggungjawab dan paling penting setia. Tapi aku tak pernah tengok kau berlembut dengan dia. Asyik menengking, tinggikan suara tu je yang kau pandai” Fareed kelihatan sangat marah.

 “Kau sibuk sangat pasal dia kenapa? Suka hati aku la. Memang aku tak ada perasaan dekat dia. Cinta ke rindu ke apa entah, memang tak ada”

 “Kau lelaki paling tak bersyukur aku pernah jumpa. Dah dapat perempuan sebaik Nia tapi masih menjalinkan hubungan dengan si Zahra tu. Kau tak tahu dia hanya mainkan kau.” 

“Apa maksud kau? Tak payah nak reka cerita la, aku kenal Zahra tu macam mana”

 “Kalau kau betul-betul kenal perangai dia, tanduk dia, kau takkan pernah sukakan dia. Kau memang lelaki yang tak pandai menilai yang mana satu kaca yang mana satu permata!” 

Tengkingan Fareed menaikkan bara Amriz

 “Hey kau cakap baik-baik sikit Fareed. Yang kau bela sangat si Nia tu kenapa? Kau suka dia ke?” 

Jelingan tajam diberikan kepada Fareed

 “Yes. Still. Always. Sejak di universiti lagi aku dan dia suka sama suka. Tapi dia terpaksa ikut cakap mama kau. Kalau tak dia dah hidup bahagia dengan aku. Sebab apa? Sebab aku akan curahkan dia dengan kasih sayang yang melimpah. Aku akan hargai dia. Tak macam kau.”
Berdesing telinga Amriz mendengar kata-kata Fareed.

 “Oo, jadi ni la permainan kau berdua ye. Takpe selagi dia hidup dengan aku, aku akan pastikan hidup perempuan tu tidak akan pernah bahagia”

 Amriz tersenyum sinis

 “Riz...”

 “Stop, aku taknak dengar apa-apa lagi. Keluar dari bilik aku sekarang. Keluar.”

 Fareed terpaksa akur dengan arahan Amriz kerana memang salah dia menganggu ketenteraman Amriz waktu kerja. Dia akur dalam terpaksa. Tapi yang pasti dia tetap akan membela Nia dan akan melakukan apa sahaja untuk Nia, cinta pertamanya.

                                                                                  ***

 Malam itu. Sebaik sahaja kereta diparkir di dalam garaj. Dengan melulu Amriz masuk ke dalam rumah tanpa sebarang ketukan apatah lagi salam. Perasaan marahnya meletus-letus tidak tertahan. 

“Nia! Nia! Mana kau? Keluar sekarang!”

 Habis di setiap pelosok rumah dia mencari. Hingga ke dapur namun masih tidak kelihatan kelibat perempuan itu. Dia terus mendaki tangga menuju ke biliknya. Kelihatan Nia sedang melipat kain solatnya setelah selesai menunaikan solat Isya’. Tanpa belas kasihan Amriz terus menarik tubuh kecil perempuan itu lalu menolak bahunya terus ke lantai. Kepalanya terhantuk kecil di bucu katil. 

“Aduh! Kenapa abang ni?” rintih Nia kesakitan

. “Aku nak kau mengaku. Mengaku yang kau masih ada perasaan dekat Fareed tu. Dia kekasih kau dulu kan? Kenapa kau tak kahwin je dengan dia dulu. Kenapa kau kahwin dengan aku. Kau nak sangat dia kan. Pergilah. Pergi! ”

 Tengking Amriz kepada Nia. Nia terkedu. Dia menelan liur sebelum memulakan pembicaraan. 

“Abang, apa abang cakap ni? Nia dah jadi isteri abang kan. Nia kahwin dengan abang bukan atas permintaan mama sahaja tapi memang Nia cintakan abang. Percayalah cakap Nia. Nia tak pernah tipu.” 

Terang Nia dengan bersungguh-sungguh meraih belas kasihan Amriz. 

“Argh! Kau ingat aku percaya? Si Fareed tu dah beritahu aku segalanya. Dulu kau dengan dia saling menyukai kan? Kenapa kau rahsiakan daripada aku? Fareed tu cinta pertama kau dan kau tak patut kahwin dengan aku. Pergi! ”

 Hampir sahaja dia menampar pipi gebu perempuan itu. Namun langkahnya terhenti. Nia menekup mukanya menahan sendu. Sampai hati suaminya sendiri ingin memukulnya. Nia menangis teresak esak. Dalam esakan itu, Nia masih cuba bertahan untuk menerangkan perkara sebenar. 

“Abang, saya dan Fareed tu dah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Ya kami saling menyukai. Tapi itu dulu. Sekarang hati dan cinta saya hanya kepada abang. Percayalah. Mungkin dia cinta pertama saya tapi abang cinta terakhir saya. Tiada yang lain selain abang.”

 Semakin bertambah esakan Nia. Amriz meninggalkannya begitu sahaja ibarat digantung tak bertali oleh langit yang tak berbumbung. Malam itu semuanya bagaikan pilu. Mengharapkan kepulangan suami tercinta membawa bahagia malah derita dan kesakitan yang tiada penghujung pula yang kunjung tiba. Nia hanya mampu berdoa agar dilembutkan hati suaminya untuk menerimanya sebagai isteri. Buat selamanya. 

                                                                                 ***

 1;00p.m .

 “ Hai Zahra, jom teman I lunch. Dua tiga hari ni hidup I stress sikitla” 

“ Alahai yes of course boleh sayang.”

 “Yes! Ok I ambik you sekarang.” 

Talian dimatikan. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan kekasih ‘gelapnya’ itu. Mengharapkan pertemuannya hari ini dapat diluahkan segalanya kepada si Zahra. Semasa dalam perjalanan, Amriz dan Zahra saling bertukar cerita. Habis hingga ke zaman universiti diingat kembali. Zaman hangat bercinta la katakan

. “Hahaha you ingat lagi tak masa mula-mula you confess your feeling dekat I? Habis merah padam muka you masa tu. Kelakar betul la.”

 “You ni tak perlulah nak ungkit masa tu, malulah I.” 

Perbualan mereka sangat mengasyikkan sehingga Amriz terhilang fokus semasa memandu dan dengan tidak sengaja... Bedebush! Brek ditekan dengan mendadak. Tersungkur badan mereka berdua ke hadapan. Namun nasib masih menyebelahi mereka. Kemalangan itu berlaku kerana Amriz terlanggar sesuatu. 

“ Aduh apa pulak ni?”

 Dengan pantas Amriz terus membuka pintu kereta dan berlari ke arah hadapan kereta ingin melihat apakah yang telah menyebabkan kemalangan kecil itu berlaku. Terbuntang mata Amriz melihat darah pekat mengalir dengan banyak. Hormon adrenalina dirembes menyebabkan Amriz berasa sedikit berdebar dengan apa yang dilihatnya. Spontan tangan Amriz terus mendakap perempuan bertudung itu dan meletakkan kepala perempuan itu di atas ribanya. 

“Cik, cik bangun cik”

 Dia sedar perempuan itu sudah tidak sedarkan diri tapi sengaja dia mengejutkan perempuan itu juga. Dialihkan kepala wanita itu menghadap mukanya untuk dilihat wajahnya dan Amriz sangat terkejut dengan wajah yang dilhatnya. Wajah yang dia benar-benar mengenalinya... 

                                                                                 *** 

Di hospital. Sebaik sahaja doktor yang bertugas keluar dari bilik pembedahan. Melulu Amriz mengejar doktor tersebut dan menanyakan keadaan perempuan yang dilanggarnya tadi.

 “Macam mana dengan keadaan isteri saya doktor?” 

Tanya Amriz dengan perasaan gementar. 

“Encik, kami dah berusaha sedaya upaya. Isteri encik kehilangan terlalu banyak darah dalam kepala. Maafkan saya. Mungkin isteri encik orang yang baik jadi Allah lebih sayangkan dia”

 Kata-kata itu telah membuat matanya kabur ibarat mahu pitam sahaja. Dunia ini bagaikan gelap. Ya isteri saya memang orang yang baik. Terlalu baik. Sehingga saya tidak sempat membalas segala budi baiknya.

 “ Nia, maafkan abang.” 

Terpacul kata-kata maaf itu setelah perginya isterinya buat selamanya. Namun sayang kata-kata itu terlalu lewat untuk diucapkan. Menangis airmata darah sekalipun tidak ada apa yang boleh mengubah kuasaNya.

 Seminggu sudah berlalu. Hidup Amriz dirasakan kosong sekali. Pada saat itu airmata lelakinya meluncur laju sehingga menganak sungai di separuh pipinya. Amriz telah terjumpa buku milik Nia yang menjadi tempat Nia meluah perasannya selama ini. Dia membelek dengan penuh syahdu hinggalah pada satu helaian terakhir pada tarikh kematian isterinya...

 Assalamualaikum kepada imamku yang tersayang,
 Abang, Nia minta maaf jika selama ini Nia merahsiakan tentang Nia dan Fareed. Tapi sejujurnya Nia lakukan semua itu untuk kebaikan rumahtangga kita. Nia dah taknak ingat lagi apa yang dah berlaku dulu sebab Nia dah jadi isteri abang. Jadi seorang isteri hanya perlu menjaga dan taat pada suaminya sahaja. Nia betul-betul minta maaf jika dah sakitkan hati abang semalam. Nia harap sangat jodoh kita berpanjangan sampai ke akhir nanti; di syurgaNya. Jadi sebagai tanda Nia minta maaf, Nia nak masakkan masakan kesukaan abang harini. Ikan masak tempoyak! Mesti abang suka kan. Jadi Nia nak pergi beli barang-barang nak masak untuk abang. Abang balik awal harini ye? Kita makan sama-sama. Nia harap sangat abang boleh maafkan Nia. Nia sayang abang. Walau apa pun jadi, Nia tetap akan setia pada abang sorang je  with love just you. 

Yang akan sentiasa mencintaimu,
 Isterimu, Hanania

 Berjurai airmata Amriz tatkala membaca buku itu. Selama ini dia memang betul-betul buta terhadap cinta Nia kepadanya. Apa yang boleh dia lakukan sekarang hanyalah berdoa supaya Nia ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah. 

“ Nia.... abang... minta maaf. Abang betul-betul.... minta maaf “

 Buat ke sekian kalinya dia meminta maaf. Namun semuanya bagaikan ditiup angin kerana hidupnya telah berubah. Amriz sangat menyesal dengan segala perbuatannya selama ini. Dia menyesal kerana tidak pernah cuba untuk menghargai Nia semasa hayatnya.

 “ Aku menyesal........”

0 comment[s]

Status : No need to be worry of your future because it has been planned by Allah as beautiful the way is, all you need is just work towards it. Gambate!


Arigatou!